Datin Shajaratuddur BT SH Abdul Halim

Datin Shajaratuddur BT SH Abdul Halim

Penulisan cerpen adalah satu cabang karya yang akan terus berada di persada.

Biography

Berkelulusan B.A(Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1969

Memulakan kareer sebagai seorang wartawan di Akhbar Berita Harian (1969-1971)

Menjadi Penolong Pegawai Perhubungan Awam di Lembaga Letrik Negara (LLN) dan menjadi Editor TENAGAWAN; majalah kakitangan LLN 1973-1977. Pegawai Kebajikan LLN 1978-1984.

Menjadi Pengarah Syarikat Broker Saham Charles Bradburne 1987- 1992

Menjadi Editor Majalah Laman Asia 2004-2007

Mula bertugas dengan MPH Group pada 2007 sebagai Editor Majalah SENI HIAS dan MUTIARA MINDA dan kini menjadi Editor Kanan dengan MPH Group Publishing.

Maklumat umum: Menterjemah beberapa buah buku dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Antaranya ialah; NAJIB- BERMULANYA SEBUAH LEGASI, TAIB ANDAK-Dalam Kelasnya Tersendiri, KEMBARA KE ANGKASA (Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor), TIGA PUTERI GEMILANG, Siri buku DETIK TENGAH MALAM (Mr Midnight) dan beberapa buku lain.

Pernah memenangi Peraduan Cerpen Berita Harian semasa berada di Tingkatan Lima. Kerana itu saya berpendapat bahawa “PENULISAN CERPEN ADALAH SATU CABANG KARYA YANG AKAN TERUS BERADA DI PERSADA.”  

FaLang translation system by Faboba

Organised by

 
Maybank Foundation
Perdana Leadership Foundation

Media Partners

 
New Straits Times
Berita Harian
Metro

Supported by

 
MOE
MPH